Event

PROGRAM IBADAH KORBAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN IBNU TALIB 1447H

A
Administrator
1 minggu yang lepas
16 paparan
1 minit baca
PROGRAM IBADAH KORBAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN IBNU TALIB 1447H
Kandungan Artikel

Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib membuka peluang kepada umat Islam untuk menyertai Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1447 H. 

Allah SWT berfirman:

“Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan.”
(Surah Al-Kauthar: 2)


Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban) …”
(Riwayat al-Tirmizi)


Ibadah korban adalah simbol ketaatan kepada Allah SWT serta lambang keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Pilihan Haiwan Korban

✔️ Lembu (1 bahagian): RM900/RM950
✔️ Kambing (1 ekor): RM1700
✔️ Biri-biri (1 ekor): RM1400

Setiap penyertaan akan menerima sehelai baju khas Program Korban Madrasah sebagai tanda penghargaan.

Daging korban akan diagihkan kepada:

  • Golongan asnaf
  • Masyarakat setempat


Sebahagian hasil turut membantu kebajikan dan kelangsungan operasi pendidikan madrasah.

Tarikh tutup penyertaan: 27 Mei 2026
 Pendaftaran & maklumat lanjut:
 📞 Ustaz Rabbani 013 621 8345 


Tempat adalah terhad.
Marilah kita bersama melaksanakan ibadah korban dan merebut ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Galeri Foto

A

Ditulis oleh Administrator

Matalib komited menyebarkan syiar Islam melalui pendidikan Tahfiz Al-Quran yang integratif dan holistik. Ikuti kami untuk perkembangan terkini.

Lihat artikel lain